Tolong Klik Di Sini

Sunday, April 29, 2012

Peroleh Keampunan Berkat Sikap Berlapang Dada

Kisah muktabar kali ini ialah mengenai seorang lelaki yang bersikap pemaaf dan mempermudahkan urusan pembayaran hutangnya yang menjadi asbab Allah mengampunkan dosa-dosanya. Hadis tersebut ialah :


Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya terdapat seorang lelaki yang tidak pernah sekalipun berbuat baik, hanya saja dia biasa memberi pinjaman hutang kepada orang lain. Suatu hari dia berkata kepada pesuruhnya, 'Ambillah berapapun yang disimpan, jangan mempersulit orang dan sering-seringlah memberi maaf, mudah-mudahan Allah berkenan mengampuni kita.'

Setelah lelaki itu meninggal dunia Allah ta'ala bertanya, 'Apakah kamu pernah berbuat baik.' Laki-laki itu dengan jujur menjawab, 'Tidak, hanya saja aku mempunyai seorang pembantu dan aku biasa memberikan pinjaman kepada orang lain, ketika aku meminta pembantuku untuk mengutip hutang, selalu saja aku berpesan kepadanya, 'Ambillah berapapun yang dia berikan, jangan mempersulit orang dan sering-seringlah memberi maaf, mudah-mudahan Allah mengampuni kita.'

Kemudian Allah berkata, 'Cukup, aku telah mengampunimu'."
 [ Imam al-Bukhari dan Muslim]




Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripada kisah ini.
Dipetik daripadanukilan abusekeena pada laman ini

Monday, February 6, 2012

Buruk Sangka: Apa keperluannya?

Hidari buruk sangka


Buruk Sangka

Buruk sangka atau suuzon yang membawa maksud menaruh curiga kepada seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan. Islam sangat melarang umatnya berburuk sangka sesama Islam, kerana berburuk sangka akan mengundang malapetaka kepada orang tersebut. Biarlah syakwasangka itu berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar memfitnah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan orang-orang Yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman Dengan perkataan atau perbuatan Yang tidak tepat Dengan sesuatu kesalahan Yang dilakukannya, maka Sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa Yang amat nyata.” (Al-Ahzab : 58)
Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah swt. Dosa orang yang berburuk sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Orang yang berburuk sangka juga sama dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati. Jauhilah sifat penyakit hati ini, kerana ia juga dapat merugikannya juga. Kembalilah ke jalan Allah dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.

Perkara buruk ini telah menjadi darah daging umat Islam sekarang ini terutama melayu Islam yang sentiasa iri hati dan bersangka buruk terhadap saudara Islamnya. Dengan menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang yang hebat dan bijak. Inilah petanda akhir zaman kerana umat Islam tidak lagi berbangga dengan kerja-kerja amalnya dan mereka merasa besar dan gah dengan dosa yang dilakukan oleh mereka. Jika perkara ini tidak ditegah, maka ia juga akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah yang datang tidak mengira darjat, iman dan bangsa.


Asal orang buat sesuatu ja, mesti nak mengata..sangka buruk

Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda :-

كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Ertinya : "Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)

Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.

Ia bertepatan dengan apa yang disebut di dalam sebuah hadis

ثلاث لازمات لأمتي : الطيرة ، والحسد ، وسوء الظن " . فقال رجل : ما يذهبهن يا رسول الله ! ممن هو فيه ؟ قال : " إذا حسدت فاستغفر الله ، وإذا ظننت فلا تحقق ، وإذا تطيرت فامضه

Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?"

Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)

Terdapat sebuah lagi hadis yang mempunyai erti yang sama dengannya iaitu :-

ثلاثة لا يسلم منهن أحد : الطيرة ، والظن ، والحسد ، فإذا تطيرت فلا ترجع ، وإذا حسدت فلا تبغ ، وإذا ظننت فلا تحقق

Ertinya : Tiga perkara yang tidak seorang Muslim pun dapat melepaskan diri darinya; sial menyial, sangka buruk, hasad dengki; maka apabila kamu berasa ada sial, jangan kamu pulang dan mengendahkannya, bila kamu hasad, jangan melampau (hingga bertindak) , dan bila kamu bersangka jangan kamu membenarkannya" ( Musannaf Abd Razzak : Ibn Hajar : hadis mursal, Albani : Dhoif)

Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya

SANGKA BURUK YANG HARUS

Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar'. Mudahnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk' apabila melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak berdosa.

Contohnya lagi soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumah pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga-jaga dari berlakunya musibah-musibah yang tak diingini. Perbuatan sangka buruk seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita.

Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak-anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen atau kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi anak tersebut. Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak.

Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan sangka buruk tersebut kita mengupah orang untuk memotong pokok tersebut untuk menjaga keselamat rumah dan nyawa keluarga kita. Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan. Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpa mengorbankan pihak-pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak.

SANGKA BURUK YANG HARAM

Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya.

Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara. Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.



JENIS PERTAMA : KERANA ALIRAN POLITIK

Sangka buruk jenis pertama ini didasari oleh permusuhan politik kepartian. Sangka buruk ini juga sangat popular di masa ini terutamanya di zaman isu politik sentiasa hangat.

Memang benar, setiap orang politik kerap mempunyai agenda disebalik segala tindakannya, biasanya adalah untuk kepentingan masa depan politiknya. Namun tidak wajar dinafikan ada antara mereka yang benar-benar berniat membantu dalam sesuatu tindakannya.

JENIS KEDUA : KERANA ALIRAN PEMIKIRAN DAN ANUTAN

Kali ini ia didasari oleh aliran pemikiran pula. Manusia tidak boleh lari dari perbezaan aliran pemikiran. Tidak perlulah dikesali hal ini kerana ia satu hal yang normal. Namun yang dikesali adalah permusuhan dahsyat antara satu kumpulan dengan yang lain.

Sebagai contohnya aliran Salafi, Wahabi, Khalafi, Pondok, Sufi, Syiah Malaysia, Hizb Tahrir, Ahbash, Liberal, Hadari dan lain-lain.Masing-masing kelihatan suka kalau pihak yang lain dibenci sehabis mungkin, malah mungkin wujud mereka yang akan sujud syukur jika pimpinan kumpulan sebelah sana meninggal dunia.

Tatkala itu sangka buruk sentiasa menjadi idaman dan ruh perjuangan masing-masing. Jika ada sahaja tindakan yang baik dilakukan oleh pimpinan atau ahli aliran yang bertentangan dengan mereka. Akan ditakwilkan sejahatnya.

JENIS KETIGA : PERTIKAI KEBAIKAN , KEIKHLASAN ORANG LAIN

Jenis yang ketiga adalah hasil dari kesemua jenis di atas. Akibat sudah mendarah dagingnya perangai dan tabiat itu menyebabkan kehidupan seharian akan dipenuhi dengan sangka buruk dosa ini.

Allah swt mengingatkan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

Imam Fakhruddin Ar-Razi menghuraikan :

الظن ينبغي بعد اجتهاد تام ووثوق بالغ

Ertinya : "Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang dalam" ( Tafsir Ar-Razi, 28/115 )

Justeru, dalam hal mencari keikhlasan seseorang dalam sesuatu teguran dan usaha baikknya, Islam tidak menyuruh kita menyelidik hati seseorang. Hanya hal berkaitan zahir seperti jenayah, kesalahan fizikal dan yang sepertinya sahaja memerlukan penyelidikan yang disebutkan oleh imam Ar-Razi tadi.

Namun begitu, kepada para pendakwah, teruskan usaha anda dengan cara anda yang tersendiri.
Jangan dipedulikan hasad dan sangka buruk manusia lain yang berhati busuk. Malah Nabi s.a.w sendiri juga pernah terkena sangka buruk seorang lelaki sebagaimana dicatatkan dalam hadis sohih berikut :-
قال فَقَامَ رَجُلٌ غَائِرُ الْعَيْنَيْنِ مُشْرِفُ الْوَجْنَتَيْنِ نَاشِزُ الْجَبْهَةِ كَثُّ اللِّحْيَةِ مَحْلُوقُ الرَّأْسِ مُشَمَّرُ الْإِزَارِ فقال يا رَسُولَ اللَّهِ اتَّقِ اللَّهَ قال وَيْلَكَ أو لست أَحَقَّ أَهْلِ الأرض أَنْ يَتَّقِيَ اللَّهَ قال ثُمَّ وَلَّى الرَّجُلُ قال خَالِدُ بن الْوَلِيدِ يا رَسُولَ اللَّهِ ألا أَضْرِبُ عُنُقَهُ قال لَا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ يُصَلِّي فقال خَالِدٌ وَكَمْ من مُصَلٍّ يقول بِلِسَانِهِ ما ليس في قَلْبِهِ قال رسول اللَّهِ إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :

"Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),

Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."

Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata

"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :

Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".

Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"

Baginda membalas :-

إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )

Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-

إنما أمرت أن آخذ بظواهر أمورهم والله يتولى السرائر
Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )




Berbaik Sangka
Kita harus sentiasa berbaik sangka



Untuk itu, kita lihat pula apa yang dikatakan berbaik sangka. Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat. Kata Saidina Umar bin Al-Khattab ra :

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

Orang yang berburuk sangka seolah memfitnah orang, kerana buruk sangkanya tidak mempunya bukti yang kukuh, ini dikuatiri terjadinya fitnah, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. Firman Allah yang bermaksud :“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.”(Al-Isra : 36)


Fadhilat Berbaik Sangka

Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia. Ini juga mengalakkan manusia itu berpecah belah antara satu sama lain dan ia juga akan merugikan manusia itu juga.

Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh. Firman Allah yang bermaksud : “Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat : 6)Selalu merasa bahagia atas segala kejayaan yang dicapai oleh orang lain walaupun kita sendiri belum berjaya. Ini bertujuan untuk mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.

Berbaik Sangka Terhadap Perkara Dusta

Tetapi ingat kalau kita melihat orang yang melakukan dosa atau kemaksiatan, kita bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar orang tersebut, maka kita akan menanggung saham dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut. Kerana Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku disekelilingnya dengan kemampuan yang ada pada kita. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". (Di riwayatkan oleh Imam Muslim)

Jelas di sini, bahawa Islam melarang umatnya menyokong perkara yang mungkar atau dusta, kerana perkara tersebut jelas melanggar hukum Allah dan larangan Allah. Contohnya kita melihat orang Islam di dalam kedai Sport Toto sedang membeli nombor ekor. Tetapi kita berbaik sangka kepada perbuatan orang Islam tersebut dengan mengatakan bahawa “itu jalan rezeki dia, biarlah…. dia juga nak cari makan”.

Cegahlah segala kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita dengan sedaya yang mampu, kalau mampu dengan tangan, maka ubahlah dengan tangan. Mampu dengan lidah, ubahlah dengan lidah, kalau dua-dua ini tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hati (tidak redho dengan perbuatan tersebut) dan inilah selemah-lemah iman.



KESIMPULANNYA

Akhirnya, jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Dahulukan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.

لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ

Ertinya : Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ""Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur : 12 )

Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.




Sumber:




Monday, January 23, 2012

Carilah Ungkapan Yang Lebih 'MOLEK'


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin 

Antara perkara yang indah yang diajar oleh Islam ialah muslim diperintahkan menggunakan perkataan-perkataan
yang baik atau sekurangnya tidak keji dalam ungkapannya.

Muslim bukan seorang pencarut, atau pemaki hamun orang atau pencerca dengan kalimat-kalimat yang jelik dan keji. Lidah muslim indah, atau selamat dari kalimat-kalimat yang tidak senonoh. Dia mungkin tegas, keras amarannya, tinggi nadanya dan tajam kritikannya, tapi kalimat-kalimatnya itu terpilih; tidak lucah, tidak juga makian dan hamunan. Inilah yang Anas bin Malik ceritakan:

“Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain”. (riwayat al-Bukhari).

Mencerca atau memaki hamun orang lain dalam sesuatu majlis adalah perkara yang tidak baik. Dalam riwayat al-Tabarani dari al-Mu’jam al-Kabir:

bahawa Nabi s.a.w pernah hadir dalam suatu majlis orang Ansar. Padanya ada seorang lelaki yang terkenal dengan suka memaki hamun. Nabi s.a.w pun bersabda: “Memaki orang muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur”.

Barat

Di Barat ini walaupun tidak dinafikan ada kesopanannya terutama dalam pengurusan rasmi, namun vulgar language atau bahasa tidak senonoh sudah sebati dalam kehidupan harian mereka. Kalimat f*ck sentiasa di bibir. Di mana sahaja kita dengar mereka bersembang, biasanya perkataan itu akan terbit. Filem mereka, komedi mereka dan segala seni mereka akan diselitkan kalimat-kalimat jelik seperti itu.

Stand-up comedy di sini antara yang dapat sambutan hebat. Ramai yang terkenal dan kaya raya dengan idea-idea lawak mereka. Ada banyak siaran khusus untuk stand-up comedy ini. Namun kesemua lawak tidak terlepas dari perkataan kotor, lucah dan cerita lucah. Makian juga menjadi modal lawak yang mendapat tepukan gemuruh. Tuhan, agama, Jesus, orang politik dan ramai lagi menjadi mangsa maki-hamun yang melucukan pendengar.

Budaya lucah mendapat pasaran dalam masyarakat mereka. Penyanyi seperti Lady Gaga dengan segala kelucahannya mendapat tempat yang hebat. China telah senarai hitam Lady Gaga dan Katy Perry yang menjadi pujaan ramai di Barat, bahkan di pelbagai negara lain juga. Shanghai Baby novel karya Wei Hui, yang meriwayatkan kisah peribadinya yang bercampur lucah, yang telah dibakar sebanyak 40,000 naskah secara terbuka di China, tapi menjadi ‘the international bestseller’ di Barat.

Banyak nilai yang berbeza yang menyerap ke dalam kehidupan masyarakat Barat. Bayangkan apabila budaya ini berterusan dan setiap anak yang lahir dalam masyarakat ini sudah terbiasa demikian rupa. Cumanya, di atas pentas ilmu atau akademik, nampaknya bahasa mereka masih terkawal dan molek.

Lunak Dan Tegas

Saya teringat hadis apabila sekumpulan Yahudi datang bertemu Nabi s.a.w dan memberi salam dengan mengucapkan as-sam alaikum yang bermaksud ‘maut ke atas kamu’. Nabi s.a.w menjawab ‘wa alaikum’sahaja. Isteri Nabi, Aishah r.aha yang perasan dengan mainan ucapan salam mereka itu menjawab “as-sam ‘alaikum wal la’nah” maksudnya maut dan laknat ke atas kamu.

Nabi s.a.w bersabda:

“Nanti dahulu wahai Aishah! Sesungguhnya Allah suka sikap lunak dalam semua perkara”. Jawab Aishah: “Wahai Rasulullah! Engkau tidak dengarkah apa mereka kata?”. Sabda Nabi s.a.w: “Aku telah pun jawab ‘wa alaikum’ (ke atas kamu)’ (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Demikian halusnya contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Jawapan ‘wa ‘alaikum’ juga satu tindak balas atas kebiadapan yahudi, namun ia bebas dari perkataan yang buruk dan keji. Kita tidak pernah menafikan bahawa Nabi s.a.w pernah bertegas dan tinggi nada suara baginda terutama ketika berkhutbah. Namun, baginda tidak memaki hamun atau melaknat orang lain, apatah lagi sesama muslim.

Malanglah jika ada yang memaki hamun orang lain lalu menyandarkan kepada Nabi s.a.w. Bertegas, tinggi nada ucapan, keras amaran tidak sama dengan mengeluarkan perkataan yang buruk dan jelek kepada orang lain. Kata Jabir r.a:

“Nabi ketika berkhutbah merah kedua matanya, tinggi suaranya, keras marahnya, seakan baginda sedang member amaran tentang bahaya kedatangan tentera musuh” (riwayat Muslim).

Ini pun mengikut isu yang Nabi s.a.w perkatakan. Ada pelbagai riwayat tentang khutbah baginda.
Ada pula pihak yang apabila mereka memaki hamun orang lain, dia berkata: saya tiru Saidina Umar. Aduhai, nampak buruk khalifah yang mulia itu apabila menjelma dalam tindakannya. Ya, banyak riwayat menunjukkan sikap tegas dan keras Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab, namun bukan bererti dia memaki hamun.

Ada beberapa perbezaan antara beliau dengan kita semua, beliau khalifah yang ada kuasa untuk menghukum rakyat bawahan seperti memukul bagi yang melanggar kesalahan. Sedang kita tiada hak tersebut. Dimensi zaman juga tidak sama, ketika itu tindakan beliau dianggap serasi dengan cara kehidupan di zaman itu. Di zaman kita, tidak perlulah seorang perdana menteri atau presiden negara membawa tongkat memukul rakyat yang melanggar peraturan jalanraya atau seumpamanya. Undang-undang yang detil sudah wujud, mahkamah dan pihak berkuasa berperanan sepenuhnya. Itu lebih dihormati di zaman ini.

Depan Khalayak

Di sana pula ada perbezaan antara ucapan di khalayak umum dan perbualan peribadi. Ucapan buruk di khalayak umum adalah satu kempen secara langsung atau tidak kepada budaya negatif. Tidak sama dengan‘bersembang biasa’. Walaupun keduanya perlu berakhlak, namun yang dibuat depan khalayak kesan buruknya lebih besar.
Kita tidak temui dalam khutbah para khulafa’ dan insan-insan terhormat menggunakan kalimat-kalimat makian dan hamunan. Firman Allah: (maksudnya)

“dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKU (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia”. (al-Isra: 53).

Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini:

“Allah memerintah Rasulullah s.a.w memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan”. (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).

Emosi

Dalam masa yang sama, kita tidak menafikan setiap kita ada emosi. Kadang-kala terlepas cakap, terkasar bahasa dan tersalah bicara. Namun, itu tidak boleh menjadi budaya lidah. Jika berlaku, ia wajar dikuti dengan penyesalan dalam diri dan memohon yang lebih baik dari Allah. Nabi s.a.w pernah berkata tentang diri baginda:

“Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti” (riwayat Muslim).

Jika seseorang sekali dua termaki orang, mungkin dia terlajak atau gagal kawal emosi disebabkan keadaan tertentu. Namun jika setiap kali berucap atau sering kali menjadi mainan bibir, maka itu sudah macam lelaki Ansar yang Nabi s.a.w tegur dalam majlis tersebut.

Menjadi lebih rosak jika seperti di Barat ini, perkataan buruk dan hodoh itu menjadi satu lawak jenaka yang mendapat sambutan yang gemuruh. Ini mungkin disebabkan jiwa mereka kosong lalu mereka ingin pengisian. Mereka rasa lawak jenaka kasar itu mengubat kekosongan jiwa. Demikian mereka tersalah mengenai rohani insani. Demikian juga ada muslim yang tersilap apabila merasakan duduk mendengar lawak yang bercampur kebiadaban itu sesuatu yang mengisi kekosongan jiwa.

Yang baik tidak sama dengan yang buruk. Allah mengingatkan kita: (maksudnya)

“dan tidaklah sama antara yang baik dan yang jahat. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau buat demikian maka orang ada permusuhan terhadapmu, seolah-olah menjadi seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diamalkan melainkan oleh orang-orang mempunyai kedudukan yang besar (dunia dan akhirat). (Fussilat: 34-35)

Kita semua rindu ingin mengikuti ajaran al-Quran. Kita tahu kita sering gagal, namun kita tetap menyatakan yang teragung itu adalah panduan al-Quran. Kita cuba sedayanya. Jangan apabila kita melakukan yang sebaliknya, kita justifikasikan tindakan kita sehingga menafikan keunggulan al-Quran. Jangan pula kita jadi seperti sesetengah yang berkata ‘puak yang menentang kita pun teruk, kita balas la’. Mengapakah kita jadikan musuh yang kita rasa tersasar dari landasan yang betul sebagai piawaian yang menjadi panduan dalam tindakan?!

Bahasa yang baik Allah suka. Kita mungkin ada kelemahan diri, namun jangan kita zahir dalam bahasa yang hodoh dan penuh dengan cacian dan makian. Bahasa yang baik akan dirahmati Tuhan, bahasa yang jelek akan menimbulkan kekerasan dalam perasaan dan nurani. Diriku dan sahabat sekelian, mari kita cari perkataan yang lebih molek dalam berinteraksi antara kita.


Sunday, December 18, 2011

Ada Apa Dengan Air Kelapa

Assalamualaikum warahmatullah.

Apa khabar semua? Semoga baik-baik belaka ya. Sudah lama jari-jemari ini tidak menulis sesuatu untuk tatapan pembaca blog ini ya? Baik, kali ini saya akan membawakan kepada anda semua satu persoalan..

ADA APA DENGAN AIR KELAPA? Hahaha.. Mesti anda semua tertanya-tanya apa yang ada dengan air kelapa. Mungkin rata-rata orang hanya memandang enteng dengan air kelapa ini kerana bagi mereka bahawa air kelapa ini ada kalanya masam dan ada kalanya manis. Tidak lebih dari itu.

Kelapa

DARI MANA ASALNYA KELAPA?

Wah..susah soalan ni. Tak apa. Saya cuba ceritakan sedikit ya. Sebenarnya asal kelapa (tak kira la sama ada pokok kelapa ke, buah kelapa ke) masih menjadi perdebatan para pengkaji. Kebanyakan pakar-pakar pengkaji mengatakan bahawa kelapa berasal dari kawasan Indo-Pacific yang merangkumi Melanesia dan Malesia ataupun Kepulauan India (Indian Ocean). Sementara yang lain-lainnya berpendapat bahawa kelapa adalah daripada barat laut Amerika Selatan (South America). Oleh yang demikian, Malaysia adalah di dalam kelompok Malesia makanya Malaysia adalah antara calon utama asalnya kelapa ini kan? Anda semua tahu tak betapa bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia ni? Hahaha..  Tak apa, kita tunggu para pengkaji mengesahkan kajian mereka dahulu. (Oh ya, saya akan buat kajian tentang "Malaysia: The Blessing Land". InsyaAllah, sekiranya berjaya, saya akan lampirkan di sini).
Kawasan Malesia

ANTARA SANTAN DAN AIR KELAPA

Santan kelapa
Di Malaysia dan Indonesia, santan sememangnya sangat dikenali bahkan juga di Filipina yang dikenali sebagai 'gata' ialah cecari tebal yang dibuat daripada pengisaran isi kelapa (coconut meat) dan kemudian dicairkan dengan air kosong. Santan ialah sumber yang kaya dengan lemak, protien dan tenaga yang sihat dan sering digunakan dalam masakan terutamanya dalam masakan Asia (Kenapa Asia ya? Dalam hal ini, pendapat asal kelapa yang pertama lebih utuh!

Santan terdiri daripada 50% lemak/protein dan 50% air dan ini adalah apa yang anda selalu lihat pada tin di kedai-kedai runcit di Asia (Asia lagi kan? haha).

Air kelapa
Air kelapa ialah sebaliknya iaitu ringan, jelas dan cecair yang menyegarkan (Mengandungi kira-kira 95% air) yang diekstrak daripada kelapa hijau muda yang belum mencapai kematangan. Ini adalah berbeza dengan kelapa-kelapa tua yang ada (Selalunya dalam sesuatu penghasilan produk). Sekiranya anda semua perasan, kelapa muda ini akan disimpan sejuk dalam seksyen penghasilan kerana ianya mudah rosak.

Air kelapa ialah bahagian cecair endosperma (kernel) buah kelapa. Apabila kelapa belum matang, endospermanya ialah berkeadaan separa pepejal (semisolid) dan seakan-akan jeli (jelly-like). Apabila telah matang, endosperma menjadi lebih kukuh dan berserabut, dan membentuk isi kelapa yang lebih kukuh (seperti mana yang anda biasa lihat). Selain itu, air di dalam kelapa digantikan dengan isi kelapa dan udara, dan keadaan inilah waktu yang sesuai untuk anda meminumnya!.

Ternyata kedua-dua isi kelapa dan air kelapa ialah loji kuasa pemakanan! (nutritional powerhouse).. Hahaha. faham ke? Kalau tak faham kena tanya guru Biologi. 


DEW FROM HEAVEN / Embun Dari Langit

Penduduk Hawaii (Hawaiians) memanggil kelapa dengan nama 'noelani' yang bermaksud embun dari langit. Kebanyakan minuman yang berasaskan kelapa di sana harganya jauh lebih mahal daripada minuman lain kerana fungsinya yang rehydating (penghidratan semua-penambahan air dalam badan). Untuk pengetahuan, air kelapa bukan sahaja baik untuk anda, tetapi juga baik untuk tanaman yang mana ia telah digunakan secara tradisional bahan tambahan pertumbuhan dalam pembiakan tanaman. Hasil daripada tanah gunung berapi dan air laut yang kaya dengan meneral, pokok kelapa yang terhasilnya daripadanya mengeluarkan air kelapa yang sangat mengagumkan!

Air kelapa ialah:

1. Kaya dengan vitamin semulajadi (terutamanya Vitamin B), mineral dan trace elements (termasuk zink,selenium, iodin, sulfir dan mangan). Vitamin adalah sangat penting untuk tindak balas enzim yang diperlukan oleh cel-cel anda untuk berfungsi.

2. Kaya dengan asid amino, asid organik, enzim, antioksidan dan phytonutrients (nutrien daripada tumbuhan).

3. Kaya dengan elektrolit dan garam semula jadi, terutamanya pottasium dan magnesium.

4. Kalori rendah, hampir bebas lemak serta rendah kandungan gula (tetapi masih manis!). Mengandungi 1/5 gula jus buah-buahan lain seperti jus epal dan anggur dan mengandungi sedikit serat untuk moderate absorption (penyerapan perlahan).

5. Kaya dengan Cytokinins (hormon tumbuhan), yang mengandungi anti penuaan (anti-aging), anti kanser (anti-cancer) dan anti-thrombolytic (berkaitan dengan pembekuan darah).

Air kelapa juga mempunyai kesan alkali (alkalizing effects) pada badan yang boleh membantu membetulkan kesan kumulatif akibat daripada makanan yang berasid terutama dalam makanan. Untuk profil nutrisi yang lebih lengkap, sila rujuk kepada jadual pada laman sesawang Coconut Research Centre. Senarai faedah air kelapa di sini sangatlah mengagumkan dan berkembang pesat dengan setiap kajian saintifik yang baru.


FAEDAH KESIHATAN DARIPADA AIR KELAPA
- Rehidarasi (air dan elektrolit)
- meningkatkan prestasi latihan.
- Pelindungan Kardio (Cardioprotective) : kaya dengan potassium dan mangesium yang membantu dalam meregulasi tekanan darah, membantu peredaran darah dan mengurangkan pembentukan plak.
- Anti keradangan (mengurangkan bengkak pada tangan dan kaki)
- Mengelakkan pembekuan darah yang tidak normal
- Membantu fungsi buah pinggang (mencerah dan melarutkan batu karang)
- Membantu keseimbangan glukosa darah dan paras insulin.
- Mempunyai tonik pencernaan / Digestive tonic (kaya dengan enzim)
- Ubat untuk sembelit dan cirit-birit (saya pasti ini ramai yang mengetahui)
- Mempunyai ciri-ciri anti-penuaan
- meningkatkan kesihatan kulit (keanjalan,tompok penuaan dan kedutan/meningkatkan penyembuhan luka)
- Meningkatkan kesihatan mata
- Menyokong fungsi imun dengan baik, anrimikrob (mengandungi minolaurin)
- Mencegah Osteoporosis (pembengkokan tulang belakang)
- Ciri-ciri anti kanser

KESEIMBANGAN ELEKTROLIT YANG SEMPURNA DARIPADA ALAM SEMULAJADI


Elektrolit ialah bahan bukan organik yang menjadi ion dalam sesuatu larutan dan mempunyai kapasiti untuk menghasilkan elektrik. Hal ini adalah penting bagi isyarat elektrik dan sudah tentu otak, jantung, otot dan sistem saraf adalah sistem bioelektrik. Sel-sel anda memerlukan elektrolit untuk mengekalkan voltan yang merentasi membran mereka dan membawa impuls ke sel-sel yang lain.

Hal-hal seperti keseimbangan air dan pH darah bergantung kepada keseimbangan elektrolit badan yang sepatutnya dan anda boleh mengalami masalah kesihatan yang teruk sekiranya elektrolit anda tidak seimbang.

Air kelapa segar adalah salah satu sumber terkaya semula jadi elektrolit dan boleh didunakan untuk mengelakkan dehidrasi dari senaman berat, muntah-muntah atau cirit-birit. Anda akan kehilangan elektrolit (terutama natrium dan kaliaum) apabila anda peluh yang mana keadaan ini mestilah diganti dengan pengambilan makanan dan peluh. Hal ini kerana air kelapa secara semula jadinya mengandungi banyak elektrolit yang dipanggil 'Nature's Gatorade'.

Air kelapa mengandungi 5 elektrolit yang diperlukan badan:

1. Potassium (kalium): Ion positif (cation) yang paling penting dalam sel. Kalium meregulasi (mengawal) denyutan jantung dan fungsi otot. Air kelapa mengandungi 295mg, iaitu 15 kali lebih banyak kalium daripada kebanyakan minuman tenaga.

2. Sodium (natrium): Ion positif (dalam bentuk cecair) yang paling penting di luar sel badan. Salah satu yang cepat habis apabila melakukan senaman sebagaimana anda kehilangan natrium (sodium) melalui peluh dan air kencing.

3. Magnesium: Penting untuk mengekalkan potensi elektrik pada sel, fungsi otot yang betul dan mengelakkan lebihan kalsium.

4. Phosphorus: Memainkan peranan penting dalam kesihatan tulang, juga untuk memindahkan tenaga ke seluruh badan, membantu pengecutan otot, dan mengawal selia fungsi saraf (rakan kongsi fosforus).

5. Calcium (kalsium): Penting untuk kesihatan tulang (rakan kongsi fosforus)


SATU-SATUNYA MINUMAN SUKAN YANG SAYA SARANKAN!

Gambar hiasan
Untuk kebanyakan ahli sukan dan atlet, minuman kesihatan (sukan) bukan hanya membazirkan wang anda, tetapi apa yang lebih penting ialah ia boleh memburukkan lagi kesihatan orang yang meminumnya. Kurang daripada 1% orang yang meminumnya mendapat menfaat darinya. Kebanyakan minuman kesihatan penuh dengan perkara yang anda tidak mahu seperti gula halus, pewarna tiruan dan bahan kimia. Tidak ada satu pun daripada minuman-minuman ini seasli air kelapa!

Jika anda bersenam selama 30 minit sehari pada kadar intensiti yang sederhana kepada tinggi, air tulen yang segar adalah perkara yang terbaik untuk membantu anda kekal terhidrat. Ini adalah apabila anda telah melakukan aktiviti dalam jangka masa yang lama, seperti lebih daripada 60 minit, atau pada musim panas, atau pada tahap intensiti yang melampau, di mana anda anda akan banyak berpeluh, yang mana anda memerlukan sesuatu yang lebih daripada air untuk mengisi badan anda.

Selain air kosong, air kelapa ialah pilihan terbaik dan dan pilihan terbaik dan paling selamat untuk menghidrat semula (rehidrasi) selepas melakukan senaman yang berat. Jika anda memerlukan elektrolit, maka anda akan mendapatkannya daripada air kelapa ini. Jika anda tidak memerlukannanya, makan ia sedikitpun tidak akan menyakiti anda. Dan, seperti yang anda sedang belajar, air kelapa mempunyai banyak faedah yang yang lain disamping rehidrasi, yang tiada mana-mana minuman sukan/kesihatan di dunia boleh menyediakannya! Bergantung kepada banyak mana garam yang hilang melalui perpeluhan, anda mungkin hanya perlu menambah secubit kecil garam semula jadi Himalaya ke dalam segelas air kelapa anda.

Satu kajian pada tahun 2007 mendapati air kelapa yang diperkaya dengan natrium (sodium) bertindak lebih berkesan berbanding minuman komersial sukan untuk merehidrasi seluruh badan selepas senaman dengan mengurangkan sakit perut!

Air kelapa ialah bersih (sterile) apabila ia keluar daripada kelapa, dan amat serupa dengan komposisi darah. Ciri-ciri unik ini menjadikan ia benar-benar serasi dengan badan manusia bahawa ia boleh disuntik secara intravena (intravenous) ke dalam aliran darah. Pakar-pakar perubatan telah menggunakan air kelapa dengan berjayanya sebagai cecair IV selama lebih daripada 60 tahun, terutamanya di kawasan-kawasan terpencil di dunia di mana bekalan perubatan adalah terhad dan ia telah menyelamatkan banyak nyawa. Anda boleh melihat betapa berharganya minuman semula jadi ini yang boleh digunakan secara intravena!

CYTOKININS: RAHSIA MUDA REMAJA DIBONGKARKAN

Mungkin unsur pemakanan yang paling penting dalam air kelapa lebih baik daripada elektrolit vitamin dan mineral serta amino asid adalah sesuatu yang berkemungkinan anda tidak pernah mendengar: Cytokinins.

cytokinis
Cytokinins adalah phytohormones, atau hormon tumbuhan. Hormon-hormon ini mengawal pertumbuhan, perkembangan dan penuaan tumbuhan. Air kelapa telah menjadi sumber penting hortikultur (horticultural resources), yang digunakan dalam penyebaran beberapa tumbuh-tumbuhan termasuk orkid dan herba tradisional cina. Cytokinins dalam air kelapa menyokong pembahagian sel (cell division) dan menggalakkan pertumbuhan dengan pesat.

Tapi, apa kena-mengenanya hal ini dengan manusia?

Cytokinins sebenarnya telah didapati telah digunakan dalam kesan anti penuaan sel-sel dan tisu manusia. Apabila sel-sel anda terdedah kepada cytokinis, proses penuaan menjadi lambat. Sel-sel yang dirawat oleh cytokinins tidak menjalani perubahan degenratif biasa, maka mereka tidak berubah sebagaimana umur ('act their age'). Para penyelidik telah mencadangkan jika anda mengambil makanan yang kaya dengan cytokinins, anda mungkin akan mengalami kesan-kesan anti-penuaan dan kurang mengalami risiko penyakit-penyakit degeneratif dan yang berkaitan dengan usia. Dalam hal ini, air kelapa ialah sumber minuman semula jadi yang kaya dengan cytokinins.

Cytokinis juga telah didapati mempunyai sifat-sifat anti-thrombolitik (anti-thrombolitic) yang boleh mengurangkan risiko pembekuan darah. Tetapi manfaat air kelapa tidak berhenti di sini,  mereka juga telah terbukti mempunyai kesan anti-kanser.


"Dalam mengawal selia pertumbuhan sel, cytokinins mengelakkan kesilapan yang boleh membawa kepada pembentukan kanser. Sel-sel biasa disimpan sihatmanakala sel-sel kanser diprogramkan untuk mati, yang menghalang mereka daripada berkembang dan merebak. Selepas itu, kesan anti-kanser cytokinins telah didokumentasikan dengan baik. "



MANFAAT UNTUK JANTUNG DAN SALURAN KENCING ANDA

Tahap ion mineral yang tinggi, terutamanya kalium (pottasium) di dalam air kelapa telah didapati dapat mencegah serangan jantung. Dan air kelapa juga telah didapati bermanfaat kepada tekanan darah. Dalam satu kajian, 71% daripada orang yang meminum air kelapa mengalami tekanan yang lebih rendah.


Manfaat yang sama telah didapati sekiranya anda mempunyai masalah dengan batu karang. Dr. Eugino Macalalag, pengarah Jabatan Urologi Chinese General Hospital di Filipina melaporkan bahawa air kelapa adalah berkesan untuk merawat buah pinggang pesakit dan batu-batu urethral. Beliau melaporkan bahawa pesakit yang meminum air kelapa dua hingga tiga kali seminggu mengalami penurunan dalam saiz batu dan pembuangan, menghapuskan keperluan untuk pembedahan.


PERTIMBANGAN RACUN PEROSAK, BAHAN KIMIA DAN ALAM SEKITAR

Kita harus mempertimbangkan apakah kelapa yang ada pada hari ini masih lagi bebas daripada bahan kimia dan racun perosak. Kalau dahulunya pokok kelapa menumbuh sehingga 80 hingga 90 kaki tingginya tetapi pada hari ini kita melihat bahawa pokok-pokok kelapa semakin rendah dan mengeluarkan buah yang banyak. Apakah mungkin bahan kimia digunakan dalam pembesaran pokok kelapa hari ini? malah terdapat kebimbangan alam sekitar juga, berkaitan dengan permintaan pasaran yang sengit di antara kelapa dan produk-produknya.

"Coconut palms are often cultivated in industrial-style monocultures geared towards efficiency. But plantation economies with the sole focus of maximizing their yield often severely damage fragile ecosystems. There are a few (who profit), but many others are left to deal with the ecological consequences."



LEBIH DARIPADA MINUMAN SUKAN (SPORT DRINKS)


Air kelapa ialah salah satu minuman semula jadi yang sempurna, susah kita nak cakap perkara yang baik tentangnya sebab memang banyak! Ia pengganti yang baik bagi soda dan jus. Sebelum meminumnya, pastikan ianya tulen dan tidak diproses. Sudah tentu minu air kelapa yang segar dan bukannya botol adalah pilihan yang paling muktamad.


Saya ingin menutup dengan kata-kata daripada Jean Yong (et all) yang telah menerbitkan ulasan komprehensif tentang potensi kesan ke atas kesihatan manusia terhadap penawar semula jadi yang menakjubkan ini,


"Penemuan baru-baru ini tentang nilai perubatan air kelapa ini menunjukkan potensi yang baik dalam meningkatkan taraf kesihatan manusia. Pemahaman yang lebih baik tentang fungsi dan ciri-ciri komponen yang terdapat dalam air kelapa sebenarnya membantu kita untuk menggunakan cecair yang menakjubkan ini!


Kepada mereka yang gemarkan aktiviti bersenam dan para atlet, apa lagi, katakan tidak kepada minuman yang lain sebaliknya minumlahlah air kelapa selepas melakukan aktiviti ataupun latihan.

Saturday, September 24, 2011

Penerimaan 'Hadiah' Cerminan Kepada Hati


 Bismillahirrahman nirrahim

Segala puji hanya bagi Allah. Semoga selawat dan salam senantiasa tercurah kepada Rasulullah. Aku bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata, dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Amma ba’du.

Pemberian adalah sesuatu yang berharga dan bermakna
Termasuk perkara yang tidak diragukan lagi, bahawa hadiah dalam kehidupan antara individu dan komuniti manusia memiliki pengaruh yang signifikan untuk terwujudnya ikatan dan hubungan sosial, momen-momennya senantiasa terulang setiap hari di acara-acara keagamaan, kemasyarakatan, dan selainnya. Dengan hadiah, terwujudlah kesempurnaan untuk meraih kecintaan, kasih sayang, sirnanya kedengkian, dan terwujudnya kesatuan hati.

Hadiah merupakan bukti rasa cinta dan bersihnya hati
Hadiah merupakan bukti rasa cinta dan bersihnya hati, padanya ada kesan penghormatan dan pemuliaan. Dan oleh kerana itulah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerima hadiah dan menganjurkan untuk saling memberi hadiah serta menganjurkan untuk menerimanya.

Al Imam Al Bukhari telah meriwayatkan hadis di dalam Sahihnya (2585), dan hadis ini memiliki hadis-hadis pendukung yang lain. Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata,

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerima hadiah dan membalasnya.”

Dan di dalam Ash Shahihain (Shahih Al Bukhari dan Shahih Muslim) dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila diberi makanan, beliau bertanya tentang makanan tersebut, “Apakah ini hadiah atau shadaqah?” Apabila dikatakan, “Shadaqah” maka beliau berkata kepada para shahabatnya, “Makanlah!” Sedangkan beliau tidak makan. Dan apabila dikatakan “Hadiah”, beliau mengisyaratkan dengan tangannya (tanda penerimaan beliau). Lalu beliau makan bersama mereka. (HR. Al Bukhari [2576] dan Muslim [1077])

Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda,

“Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” (HR. Al Bukhari dalam Adabul Mufrad, lihat Shahihul Jami’ [3004] dan Al Irwa’ [1601])

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda,

“Penuhilah undangan, jangan menolak hadiah, dan janganlah menganiaya kaum muslimin.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Syaibah, Al Bukhari dalam Adabul Mufrad dan Shahihul Jami’ Ash Shaghir [158])

Dan dikerana sangat pentingnya pengaruh hadiah di dalam perikehidupan kaum muslimin serta perhatian Islam terhadapnya mengharuskan untuk dijelaskannya perkara-perkara yang berkaitan dengan hadiah berupa keadaan-keadaan, hukum-hukum, apa-apa saja yang diperbolehkan dari hadiah tersebut serta yang tidak diperbolehkan.

Pengertian Hadiah (Al-Athiyah, pemberian)
Menurut istilah syar’i, maka hadiah ialah menyerahkan suatu benda kepada seorang tertentu agar terwujudnya hubungan baik dan mendapatkan pahala dari Allah tanpa adanya permintaan dan syarat.
Dan di sana ada sisi keumuman dan kekhususan di kalangan para ulama antara hibah, pemberian (athiyah) dan sedekah. Dan poros definisi di antara tiga perkara ini adalah niat, maka sedekah diberikan kepada seseorang yang memerlukan dan dalam rangka mencari wajah Allah Ta’ala. Sedangkan hadiah diberikan kepada orang yang fakir dan orang kaya, dan diniatkan untuk meraih rasa cinta dan membalas budi atas hadiah yang diberikan (sebelumnya). Dan terkadang pemberian hadiah itu juga bertujuan untuk mencari wajah Allah. Adapun hibah dan athiyah, tidak ada di antara keduanya perbezaan dan terkadang dimaksudkan untuk memuliakan orang yang diberikan hibah atau athiyah saja kerana suatu keistimewaan atau sebab tertentu dari sebab-sebab yang ada.

Hukum Hadiah
Diperbolehkan dengan kesepakatan (ulama) umat ini. Apabila tidak terdapat di sana larangan syar’i. Terkadang disunnahkan untuk memberikan hadiah apabila dalam rangka menyambung silaturrahim, kasih sayang dan rasa cinta. Terkadang disyariatkan apabila dia termasuk di dalam bab ‘Membalas Budi dan Kebaikan Orang Lain dengan Hal yang Semisalnya’. Dan terkadang pula, bisa menjadi haram atau perantara menuju perkara yang haram, dan ia merupakan hadiah yang berbentuk suatu yang haram, atau termasuk dalam kategori sogok-menyogok dan yang sehukum dengannya. Dan akan datang sebentar lagi pembahasan tentang macam-macam hadiah dan hukum masing-masing darinya.

Hukum Menerima Hadiah
Para ulama berselisih pendapat tentang orang yang diberikan bingkisan hadiah, apakah wajib menerimanya atau disunnahkan saja? Dan pendapat yang kuat bahwasanya orang yang diberikan hadiah yang mubah dan tidak ada penghalang syar’i yang mengharuskan menolaknya, maka wajib menerimanya, kerana dalil-dalil berikut ini:

1. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Penuhilah undangan, jangan menolak hadiah, dan janganlah menganiaya kaum muslimin.” (Telah lewat takhrijnya yaitu di dalam Shahihul Jami’ [158])

2. Di dalam Ash Shahihain (Al Bukhari dan Muslim -pent.) dari Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memberiku sebuah bingkisan, lalu aku katakan, ‘Berikan ia kepada orang yang lebih fakir dariku’, maka beliau menjawab, ‘Ambillah, apabila datang kepadamu sesuatu dari harta ini, sedangkan engkau tidak tamak dan tidak pula memintanya, maka ambillah dan simpan untuk dirimu, jikalau engkau menghendakinya, maka makanlah. Dan bila engkau tidak menginginkannya, bersedekahlah dengannya’.”

Salim bin Abdillah berkata, “Oleh karena itu, Abdullah (bin Umar -pent.) tidak pernah meminta kepada orang lain sedikitpun, dan tidak pula menolak bingkisan yang diberikan kepadanya sedikitpun.” (Shahih At Targhib No. 835)

Dan di dalam sebuah riwayat, Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Ketahuilah demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya! Saya tidak akan meminta kepada orang lain sedikitpun, dan tidaklah aku diberikan suatu pemberian yang tidak aku minta melainkan aku mengambilnya….” (Shahih At Targhib [836])

3. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidaklah menolak hadiah kecuali atas sebab yang syar’i sebagaimana akan dijelaskan sebentar lagi. Oleh kerana adanya dalil-dalil ini, maka wajib menerima hadiah apabila tidak dijumpai larangan syar’i.

4. Demikian pula di antara dalil-dalil yang menunjukkan wajibnya, adalah apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda,

“Barangsiapa yang Allah datangkan kepadanya sesuatu dari harta ini, tanpa dia memintanya, maka hendaklah dia menerimanya, karena sesungguhnya itu adalah rezeki yang Allah kirimkan kepadanya.” (Shahih At Targhib [839])

Dan di dalam riwayat lain dari Khalid Al Jahnany radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

‘Barangsiapa yang sampai kepadanya sebuah kebaikan dari saudaranya dengan tanpa meminta dan tamak, hendaklah dia menerimanya dan tidak menolaknya, karena sesungguhnya itu merupakan rezeki yang Allah Azza wa Jalla kirimkan kepadanya’.” (HR. Ahmad, Ath Thabrani, Ibnu Hibban, Al Hakim, Shahih At Targhib wat Tarhib [838])

Maka menjadi kuatlah (pendapat yang mengatakan) wajibnya menerima hadiah apabila tidak ada di sana larangan syar’i.
Anggaplah pemberian yang diberikan adalah rezeki dari Allah sekalipun punya masalah dengan si pemberi

Hukum Menolak Hadiah
Setelah jelas bagi kita wajibnya menerima hadiah, maka tidak boleh menolaknya kecuali atas sebab uzur syar’i. Dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang kita untuk menolak hadiah dengan sabda beliau,

“Jangan kalian menolak hadiah.” (Telah lewat takhrijnya)

Dan terkadang, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menolak hadiah kerana satu sebab dari sebab-sebab yang ada. Di antaranya:

1. Di dalam Ash Shahihain dari hadis Ash Sha’bu bin Jutsamah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya beliau memberi hadiah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berupa seekor keldai liar, lalu beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menolaknya. Maka tatkala beliau melihat ada sesuatu di raut wajah Ash Sha’bu, beliau berkata,

“Ketahuilah, sesungguhnya kami tidak menolaknya, hanya saja kami dalam keadaan sedang berihram.” (HR. Al Bukhari [2573], Muslim [1193])

Ibnu Hajar berkata, “Di dalam hadis ini ada dalil bahawasanya tidak boleh menerima hadiah dan tidak halalnya hadiah (ketika ihram,).”

2. Dalam Ash Shahihain dari hadits Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata, “Ummu Hafid, mak cik Ibnu Abbas pernah memberikan hadiah kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berupa tepung aqith, minyak samin dan daging dhab (sejenis biawak). Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam makan tepung aqith dan minyak samin, namun meninggalkan daging dhab dikarenakan merasa jijik.” (HR. Al Bukhari [2575], dan Muslim hal. 1544)

Dan dalam hadits ini ada beberapa faidah:
• Bolehnya menerima hadiah dari para wanita apabila aman dari fitnah.
• Bolehnya menolak hadiah kerana suatu sebab.
• Seseorang yang memberi hadiah tidak boleh merasa sedih apabila hadiahnya ditolak, dan hendaknya dia memberi uzur bagi orang yang menolaknya. Atau tidak boleh merasa berduka, selama alasannya jelas.

3. Dan di dalam Abu Dawud, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Demi Allah, saya tidak akan menerima hadiah dari seorang pun setelah hari ini kecuali dia seorang Muhajir Quraisy, atau seorang Anshar, atau seorang dari suku Daus atau seorang dari suku Tsaqif.” (HR. Abu Dawud, At Tirmidzi, Shahih Adabul Mufrad [464], Ash Shahihah [1684])

Dan pernah ada seorang arab gunung memberikan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berupa seekor unta lalu beliau menggantinya, maka sang badwi ini memarahi beliau, lalu beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menambahnya dan bersabda,
“Apakah kamu telah redha?”
Dia menjawab, “Tidak.”
Lalu ditambah lagi oleh beliau hingga beliau menggantinya dengan enam ekor unta.” (Silakan merujuk riwayat-riwayat ini dalam Jami’ul Ushul [11/611])


Sekiranya mengambil lebih banyak darinya, dan jikalau dia tidak mengambil lebih banyak dari hadiah yang dia berikan, dan ini membuat si pemberi marah, maka boleh menahan diri dari menerima hadiahnya.”
Bertekak dalam urusan menerima dan memberi pemberian adalah sesuatu yang perlu dielakkan
Dan di dalam hadis ini ada dalil yang menunjukkan bolehnya menolak hadiah apabila dia khuatir muncul fitnah dari hadiah tersebut, atau terdapat penghinaan terhadap orang yang mengambil hadiah tersebut. Dan demikian pula Sulaiman ‘alahissalam menolak hadiah Ratu Balqis oleh sebab ia merupakan suap-menyuap di dalam perkara agama agar Sulaiman ‘alaihissalam diam darinya dan membiarkan dia beribadah kepada matahari. 
Apabila hadiah tersebut berupa suap-menyuap untuk membatalkan kebenaran dan melegalkan kebatilan, maka tidak boleh diterima ketika itu.

Dan demikian pula apabila hadiah tersebut diperuntukkan bagi para pemimpin, para menteri, dan para pejabat, agar mereka memberimu sesuatu yang bukan menjadi hakmu, atau mereka memaafkan kamu dari sesuatu yang tidak pantas untuk mereka maafkan, maka ketika itu haram bagimu memberikan hadiah dan haram bagi mereka menerima hadiah tersebut kerana itu merupakan suap-menyuap, dan sungguh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Allah melaknat orang yang menyuap dan orang yang menerima suap di dalam hukum.” (Shahihul Jami’ [5093])

Dan demikian pula apabila hadiah tersebut berupa barang curian atau barang haram. Maka tidak boleh diterima kerana yang demikian itu termasuk makan barang haram dan termasuk tolong-menolong di atas dosa dan permusuhan.

Dan telah lewat di antara kita hadis Ash Sha’bu bin Jutsamah bahwasanya dia memberikan hadiah kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berupa seekor keldai liar, sedangkan beliau dalam keadaan ihram, maka beliau menolaknya kerana tidak boleh seorang yang ihram untuk berburu ketika dia beribadah.

Begitu juga apabila yang memberi hadiah tersebut menganggap hadiahnya sebagai hutang bagimu dan kamu tidak menginginkan untuk menanggung hutang tersebut, baik secara syar’i mahupun secara kebiasaan, maka boleh bagimu untuk menahan diri dari mengambilnya disertai dengan meminta uzur. Dan demikian pula bila sang pemberi hadiah tersebut adalah seorang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya dan menceritakannya, maka tidak boleh diterima hadiah itu darinya.

Kesimpulannya, hukum asal adalah wajib menerima hadiah dan tidak boleh menolaknya kecuali apabila didapati larangan syar’i atau udzur maka boleh menolaknya.
_________________________________________________________________
Saya punya seorang sahabat yang datang bercerita pada saya. Ceritanya begini. Saya namakannya sebagai Ali. Ali datang kepada saya dengan bercerita bahawa dia sangat terkilan apabila pemberiannya dipulangkan semula oleh si penerima tanpa sebarang alasan atau sebab yang diberitakan kepadanya. Bahkan kadang-kadang bergaduh dalam urusan menerima dan memberi atas alasan dia terlalu baik, tidak mahu termakan budi, dia tidak mahu menerima pemberian sebelumnya dan sebagainya. Sekiranya hal ini berlaku kepada kita, pasti kita juga akan rasa kecewa, malu dan berbagai-bagai lagi perasaan yang akan kita rasai. Bagaimana niat baik itu tidak disusuli dengan penerimaan dari hati yang ikhlas tidak ada pada si penerima, hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu. Berikut adalah penjelasannya:

Menerima pemberian adalah sesuatu yang sangat dituntut


Hadiah atau pemberian jika sekiranya berupa suatu yang halal dan tidak berselindung di sebalik tujuan yang haram seperti rasuah, menggadai prinsip dan sebagainya, sunat kita menerimanya kerana Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- sentiasa menerima hadiah yang diberikan kepadanya termasuk dari orang bukan Islam, di samping terdapat hadis secara khusus Rasulullah menggalakkan kita menerima pemberian orang lain kepada kita. Di bawah ini kita kemukakan sebahagian hadis tentangnya;

1. Dari Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Jika aku dihadiahkan kaki (kambing atau sebagainya) nescaya akan aku terimanya dan jika aku dijemput ke jamuan yang menghidangkannya nescaya akan aku penuhi” (Riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmizi. Kata at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh).

2. Abu Hurairah r.a. menceritakan dari Nabi s.a.w. yang bersabda; “Jika aku diajak kepada hidangan betis (kambing) atau kakinya nescaya akan aku penuhinya dan jika dihadiahkan kepadaku betis (kambing) atau kakinya nescaya akan aku terimanya” (Riwayat Imam al-Bukhari).

Nilai kaki kambing tidaklah seberapa, namun Rasulullah tetap menghargainya dan tidak keberatan untuk menerimanya sebagai hadiah dari orang lain. Berkata Imam Ibnu Battal –mengulas hadis di atas-; Hadis ini merupakan galakan dari Nabi kepada umatnya supaya mereka saling memberi hadiah, menghubung silaturrahim, menjinak-jinakkan dan saling berkasih sayang. Baginda menjelaskan bahawa beliau tidak menganggap remeh/kecil sesuatu apapun yang dihadiahkan kepadanya atau dijemput beliau menghadirinya. Tujuan baginda ialah agar tiada sesiapa pun yang keberatan memberi hadiah kerana merasa kecil hadiah yang ingin diberikan. Baginda memberi contoh dengan kaki kambing sebagai galakan yang sungguh-sungguh supaya kita menerima hadiah sekalipun kecil”. (Syarah Soheh al-Bukhari, oleh Ibnu Battal).

3. Imam Ahmad dan a-Bazzar meriwayatkan dari Saidina ‘Ali yang menceritakan; “Kisra (Raja Parsi) pernah memberi hadiah kepada Rasulullah dan baginda menerimanya. Raja-raja yang lain juga memberi hadiah kepadanya dan baginda menerima”. Terdapat dalam Sunan an-Nasai; riwayat dari Abdurrahman bin ‘Alqamah as-Saqafi yang menceritakan; Rombongan Tsaqif datang untuk bertemu Nabi. Mereka tiba dengan membawa hadiah. Nabi bertanya mereka; “Hadiah atau sedekah?”. Mereka menjawab; “Hadiah”. Nabi lalu menerimanya. (Lihat hadis-hadis ini dalam; Tuhfah al-Ahwazi).

Hadis di atas menunjukkan kepada keharusan menerima hadiah dari orang bukan Islam jika hadiah itu berupa suatu yang halal dan tidak bertujuan jahat.

4. Abdullah bin Umar menceritakan; Aku telah mendengar bapaku (iaitu Umar bin al-Khattab) menceritakan; Rasulullah pernah memberiku satu hadiah/pemberian, lalu aku berkata; “Ya Rasulullah, berilah ia kepada orang yang lebih fakir dariku”. Lalu Rasulullah berkata kepadaku; “Wahai Umar, ambillah. Jika datang kepadamu suatu harta tanpa engkau mengharap-harapnya dan tanpa engkau memintanya, terimalah. Namun jika sebaliknya, janganlah engkau menggantung hati padanya” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Berkata Imam an-Nawawi; Menurut pandangan yang soheh dan masyhur yang menjadi pegangan jumhur ulamak; menerima pemberian harta dari orang lain adalah sunat kecuali pemberian dari sultan (pemeintah) di mana sebahagian ulamak mengharamkannya, sebahagian memakruhkannya dan sebahagian lagi mengharuskannya. Pandangan yang soheh ialah; jika harta yang menjadi milik sultan itu kebanyakannya datang dari sumber yang haram, haram menerima pemberiannya. Begitu juga, haram menerimanya orang yang tidak berhak mendapatnya. Adapun jika kebanyakan hartanya datang dari sumber yang tidak haram, harus menerima pemberiannya kecualilah jika orang yang ingin menerima itu padanya terdapat suatu tegahan yang tidak melayakkannya untuk mengambil pemberian itu. Ada juga segolongan ulamak berpandangan; Menerima pemberian adalah wajib sama ada dari sultan atau orang lain. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi).

Dari penjelasan di atas dapatlah kita simpulkan bahawa menolak pemberian atau hadiah orang lain tanpa alasan hukumnya adalah makruh kerana ia bertentangan dengan sikap Nabi, lebih-lebih lagi jika pemberian itu datang dari saudara mara dan orang baik-baik. Berkata Imam Ibnu Jarir; “Menolak pemberian dari orang soleh bercanggah dengan adab yang diajar oleh agama” (Faudhul-Qadier).

Wallahu a’lam.

Ulasan Ustaz Ahmad Adan Fadzil (S/U Panel Syariah HPA dan Mudir Am MANHAL-HPA) dan pengendali laman sesawang www.ilmudanulamak.blogspot.com

*nasihat saya ialah cuba bersabar, pasti suatu hari nanti hatinya akan terbuka. Jangan lupa untuk sentiasa bermohon kepada Allah agar dibukakan hatinya senantiasa.

_________________________________________________________________________

Macam-macam Hadiah yang Tidak Boleh Ditolak
Telah lewat bersama kita dalil-dalil secara umum yang menunjukkan tidak bolehnya menolak hadiah. Akan tetapi telah datang dalil-dalil khusus yang menunjukkan tidak bolehnya menolak sebagian hadiah disebabkan zat hadiah tersebut. Di antaranya:

1. Sabda beliau shallallahu ‘alaihi wasallam,
“Tiga perkara yang tidak boleh ditolak: bantal-bantal, minyak wangi, dan susu.” (HR. At Tirmidzi dari Umar, dan terdapat di dalam Shahihul Jami’ [3046] dan Ash Shahihah [619] dan Shahih At Tirmidzi [2241])
Ath Thibi rahimahullah berkata, “Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menginginkan bahwasanya tetamu itu dimuliakan dengan memberikan bantal, minyak wangi, dan susu. Dan itu merupakan hadiah yang sedikit jumlahnya, maka tidak sepantasnyalah ditolak.” (Tuhfatul Ahwadzi [8/61], hadits no. 2942)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barangsiapa ditawari raihan, maka jangan menolaknya, sebab raihan itu mudah dibawa lagi harum baunya.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Musnad Abu Ya’la, Shahihul Jami’ [6268])

Ibnu Atsir berkata di dalam An Nihayah, “Ar Raihan adalah setiap tumbuhan yang harum baunya yang termasuk dari jenis wewangian.”

2. Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menolak minyak wangi.”

Menerima pemberian dengan ikhlas merapatkan hubungan silaturrahim

Membalas Pemberian Hadiah (yaitu membalas kebaikan orang yang memberi hadiah dengan hadiah semisalnya)
Disunnahkan membalas pemberian hadiah dengan yang semisalnya atau dengan sesuatu yang lebih afdhal dari hadiah tersebut, maka apabila dia tidak mampu untuk membalasnya, hendaknya dia menyanjung sang pemberi hadiah dan mendoakan kebaikan untuknya dengan ucapan, “Jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan),” atau yang selainnya dari doa-doa yang ada.

1. Di dalam Shahih Al Bukhari (2585), dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha beliau berkata,
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerima hadiah dan membalasnya.”

2. Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu beliau berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barangsiapa yang meminta perlindungan kepada kalian dengan nama Allah, maka lindungilah dia. Dan barangsiapa yang meminta kepada kalian dengan nama Allah, maka berilah dia. Dan barangsiapa mengundang kalian, maka penuhilah undangan tersebut. Barangsiapa berbuat kebajikan pada kalian. Maka balaslah dengan semisalnya. Lalu jika kalian tidak mendapati sesuatu yang semisalnya yang bisa kalian berikan, maka doakanlah dia dengan kebaikan hingga kalian memandang bahwasanya kalian sungguh telah membalasnya dengan semisalnya.” (HR. Muslim, Abu Dawud, An Nasa’i, Shahihul Jami’ [6021]).

3. Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barangsiapa diberikan sesuatu lalu dia mendapati (suatu untuk membalasnya), hendaknya dia membalas dengannya. Dan barangsiapa yang tidak mendapati (sesuatu untuk membalasnya) hendaknya ia menyanjungnya. Apabila dia telah menyanjungnya, sungguh ia telah berterima kasih kepadanya.” (HR. Abu Daud, At Tirmidzi, Shahih Al Bukhari, Al Adabul Mufrad lil Bukhari, Shahihul Jami’ [6065], dan Ash Shahihah [617])

4. Dikeluarkan oleh Al Imam Ath Thabrani dari Al Hakam bin Umair, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barangsiapa memberikan sesuatu kepada kalian berupa kebajikan, maka balaslah dengan semisalnya. Kalau kalian tidak mendapati (apapun untuk membalasnya) maka doakanlah kebaikan untuknya.” (Shahihul Jami’ [5937], Shahihut Targhib)

5. Dan dari Usamah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barangsiapa yang diberikan sesuatu kebaikan, lalu dia ucapkan ‘Jazakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan)’ kepada orang yang memberi kebaikan. Maka sungguh dia benar-benar telah berterima kasih kepadanya.” (HR. At Tirmidzi dan yang selainnya, Shahihut Targhib wat Tarhib [955])

Dari hadis-hadis ini nampak jelas bagi kita bimbingan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam membalas pemberian hadiah dengan semisalnya dan bahawasanya sudah sepantasnya kita berterima kasih kepada si pemberi hadiah, memujinya dan mendoakan kebaikan untuknya, kerana tidaklah dikatakan bersyukur kepada Allah, orang yang tidak berterima kasih kepada manusia.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah diberi hadiah berupa seekor kambing, beliau bersabda, “Bahagi-bahagikan ia.” Apabila si pembantu telah kembali maka ‘Aisyah bertanya kepadanya, “Apa yang mereka katakan?” Si pembantu menjawab, “Mereka mengucapkan ‘Barakallahu fiikum (semoga Allah memberkahi kalian)’.” Lalu ‘Aisyah mengucapkan, “Wa fii him barakallah (dan semoga Allah memberkahi mereka), kita membalas mereka dengan semisal apa yang mereka ucapkan, dan semoga pahala kita tetap bagi kita.” (Shahih Al Kalimut Thayyib [185]).

Hukum Meminta Kembali Hadiah (yang telah diberikan), Tidak Boleh kecuali Orang Tua kepada Anaknya

1. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Orang yang meminta kembali hibahnya (hadiahnya) itu seperti anjing yang menjilat kembali muntahnya.” (HR. Al Bukhari [2589], Muslim [3622])

Al Imam Al Bukhari memberikan keterangan di dalam Shahihnya, “Bab Tidak Halal bagi Seseorang untuk Meminta Kembali Hibah dan Sedekahnya.”

Ibnu Hajar rahimahullah berkata di dalam Fathul Bari (5/235), “Jumhur ulama berpendapat haram meminta kembali suatu hibah (pemberian/hadiah) setelah diserah terimakan, kecuali hibah orang tua kepada anaknya.”

2. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Tidak ada menurut kami permisalan yang lebih jelek daripada seorang yang meminta kembali hibahnya diserupakan seperti anjing yang menjilat kembali muntahnya.” (HR. Al Bukhari [2622]).

Ibnu Hajar berkata, “Maksudnya ialah tidak pantas bagi kita -wahai segenap kaum mukminin- bersifat dengan sifat yang tercela yang kita diserupakan di dalamnya dengan haiwan yang paling hina pada keadaan yang paling hina… Barangkali ini lebih mengena di dalam pelarangan terhadap hal yang demikian itu dan lebih menunjukkan pengharaman daripada seandainya beliau mengatakan semisal,

“Janganlah kalian meminta kembali hibah yang telah diberikan.” (Shahih, 5/235)

Imam An Nawawi berkata, “Hadis ini jelas-jelas mengharamkan meminta kembali hibah  setelah diserah terimakan. Ini dibawa kepada hibah yang diperuntukkan kepada orang lain. Adapun apabila dia memberikan hibah tersebut kepada anaknya dan anak cucunya, maka boleh bagi dia meminta kembali hibah tersebut. Sebagaimana ditegaskan di dalam hadits Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhu. 

Dan tidak boleh meminta kembali hibah yang telah diberikan kepada saudara, paman, dan selain mereka dari kalangan dzawil arham (orang-orang yang memiliki hubungan persaudaraan dengannya). Ini merupakan madzhab Imam Asy Syafi’i, pendapat ini diucapkan pula oleh Imam Malik dan Al Auza’i.” (Syarah Muslim, 11/71)

Saya katakan bahwa sungguh telah sahih hadis-hadis yang secara tegas mengharamkan meminta kembali hadiah yang telah diberikan, kecuali orang tua terhadap apa yang dia berikan kepada anaknya. Dan di antaranya:

1. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Tidak halal bagi seseorang memberikan sebuah hibah lalu memintanya kembali kecuali orang tua yang memberi hadiah kepada anaknya. Dan perumpamaan seseorang yang memberikan suatu pemberian kemudian memintanya kembali seperti anjing memakan makanan, maka apabila telah kenyang, ia muntahkan kemudian ia jilat kembali muntahnya.” (HR. Al Bukhari, Al Arba’ah [Abu Dawud, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah], Shahihul Jami’ [7655])

Dan beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidak boleh bagi seseorang meminta kembali hibahnya kecuali orang tua kepada anaknya. Dan seorang yang meminta kembali hibahnya seperti seorang yang memakan kembali muntahnya.” (Shahih Muslim, An Nasa’i, Shahihul Jami’ [7686])

Kemudian di sana ada beberapa keadaan diperbolehkan hadiah itu ditolak dan dimintakan kembali:
Ibnu Hajar menyebutkan bahwa Imam Ath Thabari berkata, “Dikhususkan dari keumuman hadits ini beberapa hal:
a. Seorang yang memberikan hibah dengan syarat meminta imbalan kembali.
b. Orang yang memberi tersebut adalah orang tua, sedangkan yang diberi itu adalah anaknya.
c. Hibah yang belum diserah terimakan.
d. Pemberian yang dikembalikan oleh ahli waris kepada orang yang menghibahinya, kerana telah tetapnya hadis-hadiss yang mengecualikan semua itu.”
Bersyukurlah terhadap pemberian yang diberikan

Hukum Mengungkit-ungkit Hadiah (yang telah diberikan)
Allah Ta’ala berfirman,
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” (Al Baqarah: 263-264)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Tiga golongan yang tidak diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan Allah tidak mau melihat mereka dan juga tidak mensucikan mereka dan bagi mereka azab yang pedih.” Abu Dzar berkata, “Betapa celaka dan ruginya mereka. Siapakah mereka ya Rasulullah?” Beliau bersabda, “Seorang yang musbil (orang yang memanjangkan celana/sarungnya melebihi mata kakinya), orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, dan orang yang menjual barang dagangannya dengan sumpah palsu.” (HR. Muslim, 106)

Dan di dalam riwayat Muslim yang lain,
“Seorang yang suka mengungkit-ungkit pemberian yang tidaklah dia memberikan sesuatu melainkan dia mengungkit-ungkitnya.”

Maka jelaslah bagi kita mengungkit-ungkit di dalam pemberian hadiah, termasuk dari dosa-dosa besar.

Hukum Hadiah yang Tidak Dikenal, yaitu yang Pemiliknya Tidak Diketahui
Hukumnya diperbolehkan kecuali ada dugaan kuat bahawa pemiliknya atau yang orang yang memaksudkan hadiah tersebut keliru untuk siapa hadiah tersebut diberikan.

Hukum Bila Orang yang Diberikan Hadiah Tersebut Meninggal Sebelum Sampainya Hadiah
Jumhur ulama berpendapat bahwa hadiah tersebut tidak berpindah kepada orang yang diberi, kecuali dia atau wakilnya telah menerima hadiah tersebut. ‘Abidah As Salmani berkata, “Apabila hadiah tersebut telah dibahagi-bahagikan maka, adalah untuk ahli warisnya. Dan apabila belum dibagi-bagikan, maka dikembalikan kepada orang yang memberikan hadiah tersebut.”

Dan yang benar adalah pendapat jumhur bahwasanya apabila ia, wakilnya, atau utusannya telah menerima hadiah itu, maka ia diperuntukkan bagi ahli waris si penerima. Dan demikian pula apabila si pemberi telah menjanjikan hadiah tersebut kepada si penerima sebelum si penerima wafat. (Silakan rujuk Fathul Bari, 5/221-222)

Rezeki adalah daripada Allah swt.. perbezaanya aialah bagaimana rezeki iu dikurniakan kepada kita

Hadiah untuk Kerabat yang Terdekat Itu Lebih Utama (kedekatan dari sisi nasab dan bertetangga)
Di dalam Ash Shahihain diriwayatkan bahawa Maimunah radhiyallahu ‘anha pernah suatu kali memerdekakan seorang budak wanita, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadanya,

“Ketahuilah sesungguhnya kamu jika memberikannya kepada paman-pamanmu (dari pihak ibu) niscaya kamu akan mendapatkan pahala yamg lebih besar.” (HR. Al Bukhari [2592], dan Muslim [999])

Dan di dalam Shahih Al Bukhari (2595) diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahwa beliau berkata,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki dua orang tetangga, maka siapakah di antara keduanya yang lebih layak aku berikan hadiah?”

Beliau menjawab,
“Kepada yang lebih dekat pintunya darimu.”

Maka bisa diambil faedah dari dua hadis ini bahawa kerabat itu lebih didahulukan di dalam pemberian hadiah daripada orang asing. Dan apabila para kerabat itu setara dalam tingkat kekerabatannya, maka didahulukan yang paling dekat pintunya. Dan ini semua apabila mereka sama-sama membutuhkan. Wallahu a’lam.


Maraji:

1. Al-Quran dan As-Sunnah
2. Syarah al-Bukhari, oleh Ibnu Battal, Kitab al-Hibah wa Fadhliha wa at-Tharidh ‘Alaiha.
3. Tuhfah al-Ahwazi, Abwab al-Ahkam, bab Ma Ja-a Fi Qabul al-Hadiyyah wa Ijabati ad-Da’wah.
4. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Juzuk 9, Kitab az-Zakah, bab Ibahat al-Akhzi Liman U’tiya min Ghairi Masalatin wa la Israafin.
5. Faidhul-Qadier, hadis no. 7768 dan no. 7769.
6. Menebar Cinta dengan Hadiah karya Ibrahim bin Abdillah Al Mazru’i (penerjemah: Ibnu Musa Al Bankawy), penerbit: Al Husna, Jogyakarta. Hal. 9-12, 14-15, dan 19-51.